19 Ogos 2019 - 18:24
Turki Pecat Tiga Datuk Bandar Pro-Kurdish

Turki hari ini memecat tiga Datuk Bandar kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan Kurdish ketika Ankara melaksanakan tindakan keras menyasarkan pembangkang.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Turki hari ini memecat tiga Datuk Bandar kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan Kurdish ketika Ankara melaksanakan tindakan keras menyasarkan pembangkang.

Datuk Bandar Diyarbakir; Selcuk Mizrakli, Datuk Bandar Mardin; Ahmet Turk dan Datuk Bandar Van; Bedia Ozgokce Ertan adalah anggota Parti Demokratik Rakyat (HDP) yang dipilih pada Mac lalu.

Ketiga-tiga mereka dipecat kerana dituduh mempunyai hubungan dengan parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

Operasi serentak di 29 wilayah lain juga turut menyaksikan beratus-ratus orang ditangkap dalam usaha mengekang aktiviti anggota PKK.

Kementerian Dalam Negeri berkata, Gabenor wilayah akan mengambil tugas Datuk Bandar tersebut. - AFP